“Kenapa anak saya tak boleh fokus belajar? Exam dah dekat. Sebagai ibu, saya yang sangat susah hati”

“Kenapa anak saya belajar 10 minit je lepas itu dia mula bosan?”
“Kenapa bila main game boleh pula di fokus berjam-jam?”

Bila sesi ‘coaching’ bersama ibubapa, inilah soalan wajib yang ramai ibubapa tanya kepada saya.

Nak tahu kenapa???

Teruskan baca cerita antara saya seorang klien saya ketika sesi coaching dijalankan.
.
.
.

Kisah Coach dan Seorang Ibu

Kisah bersama anak (10 tahun) klien saya yang dikatakan ada masalah tidak boleh fokus belajar.

saya    : Bagaimana puan tahu anak puan ada masalah fokus?

ibu       : Anak saya tidak boleh belajar dalam waktu yang lama. Paling lama hanya beberapa minit selepas itu dia akan hilang dari tempat dia belajar. tapi bila main game nahhh 5 jam pun dia boleh fokus. ini yang buat saya pelik.

saya     : berapa minit tu berapa lama maksud puan?

ibu        : Paling lama pun 15 minit jer.

saya     : Yang puan harapkan berapa minit?

ibu        : Saya mahu dia fokus belajar paling kurang 1 jam.

saya     : ohh 1 jam. Biasanya berapa lama anak puan boleh fokus bila main game?

ibu        : Paling kurang 1 jam dia boleh fokus main game. kadang sampai 2 jam.

saya     : Ini maknanya, anak puan memang boleh fokus dengan baik kan.

ibu       : (termenung sekejap) …….. betul juga tu.

saya    : Kenapa ya, bila belajar fokus dia sekejap dan bila main game fokus dia lama?. Puan rasa sebab apa?

ibu       : Saya rasa sebab main game lebih seronok dari belajar. Begitu ke?

saya    : Ya puan. Anak puan bukanlah menghadapi masalah tidak boleh fokus belajar, masalahnya adalah MINAT. Game lebih menarik minat dia manakala minat dia pada belajar sudah mula pudar. Dia mula rasa belajar itu tidak seronok dan membosankan.

Isunya bukan lah soal BELAJAR tapi…….

  • Bagaimana cara dia belajar?
  • Apakah cara dia belajar menyeronokkan?
  • Apakah emosi dia waktu dia belajar?
  • Bagaimana suasana dia belajar?
  • Apakah waktu dia belajar sesuai dan merangsang untuk dia fokus?.

Semua ini akan menentukan tahap minat dia pada belajar

Apa yang boleh kita belajar dari kisah diatas ? Fikirkan dan ambil pembelajaran tersebut.
.
.

“MINAT DIBENTUK, FOKUS DILATIH, BAKAT DIASAH”

buktinya ? bila dia minat game, dia akan mampu fokus 2 atau 3 jam main game je.

Jadi, nak anak fokus belajar dirumah, BINA MINAT ANAK untuk seronok belajar dirumah.

” Apa cadangan Coach untuk bantu anak minat belajar?

Membuat anak Minat terhadap belajar tidaklah mudah, apalagi keperluan anak-anak terutama pada usia kecil adalah bermain bukan belajar.

Bagaimana cara agar anak Minat belajar anak dapat meningkat?

Banyak cara untuk bantu anak MINAT BELAJAR. Nak tahu cadangan saya, Jom lihat maklumat bergambar ini.
.
.

Tip Ibu Bapa

1 – Ruang Belajar
Menghias ruang belajar anak sangat penting untuk menarik perhatian anak. Menghias/menyusun ruang belajar yang baik dan tepat, akan mendorong minat belajar anak menjadi lebih baik.

Rasa nyaman itu penting, disaat anak sedang cenderung malas belajar, disinilah peranan ibubapa untuk membangkitkan mood belajar seorang anak.

Salah satunya adalah dengan cara menghias dan menyusun ruang belajar anak supaya lebih nyaman dan menyeronokkan.

2 – Pemilihan Warna
Pemilihan warna yang sesuai amatlah membantu membangkitkan mood belajar anak-anak. Warna ruang belajar yang suram hanya menghilangkan Mood belajar anak seterusnya anak akan mula bosan dan hilang fokus belajar.

Warna dinding dan perabot boleh dipilih menggunakan warna-warna ceria. Lihat sahaja di google banyak contoh-contoh warna ceria mahupun ruang belajar yang menarik.

3 – Wangian membangkitkan ‘mood’ belajar
Siapa yang tidak suka wangi-wangian?? Semua orang pun sukakan. Begitu juga anak-anak. Manusia dikurniakan 5 deria iaitu melihat, mendengar, gerak, bau dan rasa.

Pilih wangian yang menyegarkan dan menenangkan akan mambangkitkan mood belajar anak-anak dirumah. Ini namanya kita merangsang deria bau secara terancang.

4 – Luangkan masa bersama
Usaha luangkan masa bersama anak ketika dia belajar. “Macammana nak teman, saya sibuk kerja” , “Saya nak teman tapi saya tak pandai nak ajar dia”

Teman anak belajar tidak memerlukan kita ada sepanjang masa anak belajar. Teman anak belajar tidak memerlukan kita ada ilmu setinggi Diploma, Ijazah, Master dan Phd. Cukuplah Ada bersama mereka sesekali sewaktu mereka belajar sudah memadai buat anak.

Apa faedahnya teman anak :

  • Dapat bantu anak dalam pelajaran (bila tahu).
  • Dapat beri semangat dan sokongan pada anak.
  • Anak akan rasa dia diberi perhatian oleh ibubapa.
  • Dapat tunjukkan betapa kita juga minat belajar dan anak akan belajar nilai tersebut.
  • Anak akan belajar dalam keadaan emosi yang baik.

5 – Teknik Belajar Yang Betul dan Menarik
TEKNIK BELAJAR yang betul dan menyeronokkan akan sangat membantu anak untuk minat belajar.

Hari ini, banyak seminar/program/bengkel TEKNIK BELAJA ada di pasaran yang ibubapa boleh pilih untuk hantar anak-anak. Ibubapa juga boleh menghubungi sahabat saya Saudara Rusdi Rosli, beliau merupakan Coach Fast Memory I Founder of Memory Power Malaysia.

Follow Facebook beliau (Rusdi Rusli). Banyak tips serta perkongsian yang beliau kongsikan berkaitan TEKNIK BELAJAR yang menyeronokkan.

 

terima kasih,

Mohd Rizal Mohd Rais
CPLF(mastery), CNLHt, CNLPt, COTP, COCP, CH
Founder of Kids Coaching & Therapy Practitioner (KCTP)